Izara Aisyah dalam filem Sinaran arahan pengarah Osman Ali menafikan babak bercium yang dilakukan.
Sebaliknya kata Izara ia hanyalah helah kamera.
"Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan 'camera trick' untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku," ujarnya.
"Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton.
Filem tersebut bakal menemui peminat pada 26 November ini.
Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif," jelas Izara Aishah yang membawa watak sebagai Tina menerusi filem tersebut.

0 comments:
Catat Ulasan