Sekadar hiasan
Kajang:
Wanita berusia 23 tahun ditahan bersama rakan lelakinya berusia 20-an
ketika menghisap syabu di hotel bajet di Taming Jaya, di sini, pagi
tadi.
Mereka ditahan dalam Ops Bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kajang membabitkan 219 anggota bersama Jabatan Pendaftaran
Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan
Majlis Perbandaran Kajang.
Wanita yang mahu dikenali sebagai
Sahira itu berkata, dia baru sehari dibebaskan dari lokap Balai Dang
Wangi atas kesalahan yang sama.
Katanya, dia ketagih syabu sehingga menghadapi masalah kewangan dan terpaksa menangguhkan pengajiannya di kolej swasta.
"Saya
sudah mula mencuba 'barang' (syabu) sejak usia 15 tahun lagi kerana
perasaan ingin mencuba dan terpengaruh rakan di sekolah.
"Tak
sangka ia menjadi detik permulaan hitam hidup saya dan sehingga kini
saya masih menagih dan sudah tujuh kali saya ditahan polis," katanya.
Susulan itu, dia bersama rakannya itu dibawa ke Balai Polis Taming Jaya untuk tindakan lanjut.
Dalam
operasi sama, pemuda berusia 20-an ditahan selepas polis menemui ganja
di poket seluarnya ketika membuat pemeriksaan di rumahnya di flat di
Taman Taming Jaya.
Operator kilang itu mendakwa ganja yang
ditemui itu bukan miliknya sebelum hasil ujian air kencing terhadapnya
mendapati dia positif dadah.
Dia mengaku mengambil ganja sejak setahun lalu dan sanggup mengeluarkan RM100 seminggu untuk membeli ganja.
Susulan itu, dia turut dibawa ke Balai Polis Taming Jaya untuk tindakan lanjut.
Selain
warga tempatan, warga asing turut ditahan dalam operasi berkenaan
kerana beberapa kesalahan, antaranya tiada dokumen perjalanan yang sah
dan positif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang
Asisten Komisioner Willey Richard berkata, operasi bersepadu itu
dilaksanakan di kawasan sekitar Taming Jaya berikutan pelbagai aduan dan
kes yang diterima membabitkan jenayah pecah rumah, ragut, curi kabel,
dadah dan warga asing.
"Operasi yang dijalankan ini sebagai inisiatif untuk membendung jenayah di kawasan 'hotspot' jenayah.
"Dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak dan pelan yang terancang, kita
komited serta optimis dalam menjalankan operasi dari semasa ke semasa
untuk menjamin keselamatan masyarakat," katanya.
Ahad, 14 Februari 2016
GADIS KOLEJ Dah Lama "Stim" , Patutlah Pantang Dipelawa.
at
12:33 PG
loading...
loading...
Tags :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan