Gambar Hanyalah Hiasan
UTTAR
PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya
selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks,
kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih
enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.
Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.
Pasangan
itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu
dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung
Nariyawal, daerah Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian
kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk
di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya
darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.
Menurut
polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan
memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya
sehingga menyebabkan kematian.
“Walaupun dia mengaku
menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat
bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.
Selepas
ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah
rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.
Sementara
itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu
berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap
bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.”
Home » Unlabelled » Video: Hanya Kerana Isteri Menolak Hajat Suami, Akhirnya Suami Buat Kerja Gila!!
Selasa, 16 Februari 2016
Video: Hanya Kerana Isteri Menolak Hajat Suami, Akhirnya Suami Buat Kerja Gila!!
at
9:05 PTG
loading...
loading...
Tags :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan