Pada 10 Zulhijah 1435 H, saya menerima panggilan telefon jam 4.30 pagi dari seorang gadis…
“Ummi, saya terberanak.”
“Kat mana?”
“Dalam bilik air”
“Bilik air dimana?”
“Rumah saya…”
## Dalam telef0n memang terdengar nyaring suara bayi menangis.
“Siapa ada bersama kamu?”
“Saya sorang sorang.”
“Kat rumah takde 0rang ke?”
“Bilik air saya kat atas, kat bawah ada mak ayah, tapi mereka tak tahu.”
“Rumah kamu dimana?”
Gadis
itu memberikan alamat rumahnya. Saya berada beratus ratus kilometre
untuk datang segera membantu. Saya berada di Johor Bahru. Kejadian di
Kuala Terengganu….
Tak ada cara lain yang spontan untuk
dilakukan melainkan saya call 999. Usaha untuk menyelamatkan 2 jiwa.
Apabila talian 999 berjawap,…
“Ya Pn Liza, ada apa boleh kami bantu.”
Uiks…mereka
dah simpan nombor saya, apabila saya membuat panggilan menggunakan
nombor telefon tangan saya, sudah pasti nama saya terpapar sebagai
pemanggil….
“Ada kes seorang gadis telah melahirkan anak di
bilik air rumahnya. Saya tidak dapat membantu, saya berada di Johor
Bahru, sedangkan gadis itu di Kuala Terengganu.”
“Jauhnya puan. Macamana puan boleh tahu pulak?”
“Gadis itu telefon saya memaklumkan.”
“Baik, kalau begitu, saya sambungkan puan dengan Hospital Kuala Terengganu dan bercakap dengan mereka.”
Setelah
saya menerangkan lokasi dan memberikan maklumat nama, alamat dan nombor
telefon, terus paramedik bersama ambulance ke lokasi kejadian.
Alhamdulillah, ibu dan bayi dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital….
Yang tidak dapat diselamatkan cuma maruah dan aib…..
Memang
tidak ada siapa yang tahu gadis itu mengandung, termasuk ibu bapa dan
ahli keluarga lainnya. 2 minggu sebelum ini gadis ini berhubung dengan
saya, menceritakan tentang kandungannya dan berhasrat untuk datang
berlindung di BaitusSolehah. Namun gadis ini menangguhkan sehingga lepas
hari raya aidil adha.
Gadis ini cuma menganggarkan saja usia
kandungannya. Ketika itu anggaran usia kandungannya 6 bulan, lebih
kurang 26 minggu. Dia menjangkakan selepas hari raya aidil adha baru
datang ke Baitus Solehah, ketika usia kandungan memasuki 28 minggu…..
Namun
jangkaannya silap. Rupanya usia kandungan sudah memasuki 36 minggu.
Cuma bentuk fizikal tidak kelihatan, tidak sesiapa pun ahli keluarga
yang menyedari kehamilannya…..
Tidak siapa dapat menghalang
kehendak Allah. Gadis ini berhasrat merahsiakan tetapi ia terbuka jugà.
Taubat yang belum dilakukan, niat yang tidak benar benar bertaubat
kerana Allah, maka Allah buka aib dirinya dan maruah keluarga.
Ambulance
tiba di rumahnya pada pukul 5.00 pagi dengan bunyi siren yang bingit.
Kebetulan rumah gadis itu berhampiran surau. Ketika gadis dan bayi
diusung masuk ambulance, jemaah surau datang berkerumun disisi ambulance
untuk mengetahui kes kecemasan apakah yang berlaku. Siapa sakit? Sakit
apa???
Kebetulan orang orang kampung kenal itu rumah siapa, jadi berduyun duyun datang menziarahi untuk tahu siapa yang sakit….
Alangkah
malunya emak ayah sigadis. Tidak terucap sepatah kata pun ketika
ditanya. Ketika paramedik datang mengetuk pintu, mereka sudah
terperanjat, ada kes apa ambulance datang subuh subuh ni ke rumah
mereka. Siapa yang sakit????
Apabila
paramedik menerangkan ada panggilan kecemasan, seorang gadis telah
melahirkan anak di bilik air di tingkat atas rumah, ibu bapa gadis itu
sangat terperanjat….
Mereka pun tidak dapat menjangka siapa,
maka segera mereka naik ke tingkat atas menunjukkan bilik air. Dan
apabila melihat saja wajah anak bongsu mereka terbaring di bilik air
bersama bayi baru lahir di sisinya, terus si emak beristigfar, jatuh
pengsan kerana terkejut.
Setelah tali pusat di potong, ibu
dan bayi diusung bawa ke dalam ambulance. Emak yang pengsan dipulihkan
dahulu sebelum ambulance meninggalkan mereka menuju ke hospital.
Ahli
keluarga ambillah iktibar, prihatin dengan sikap dan bentuk fizikal
tubuh ahli keluarga. Sikap seseorang gadis yang mengandung selalunya
berubah dan berbeza dari kebiasaan. Maka ambik tahu dan ambil berat
supaya kes begini tidak berlaku…..
Home » Unlabelled » 7 Foto:Padah Berzina Tak Ingat Dunia, Allah Bayar CASH!! Keluarga Tak Tasnggup Nak tanggung Malu...
Khamis, 3 Mac 2016
7 Foto:Padah Berzina Tak Ingat Dunia, Allah Bayar CASH!! Keluarga Tak Tasnggup Nak tanggung Malu...
at
7:50 PTG
loading...
loading...
Tags :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan