Hidup bujang lain. Hidup berkahwin lain. Semasa bujang, bila lapar boleh cari makan sendiri. Bila berkahwin, sudah kena suap mulut dua orang. Bila dah ada anak, kena suap mulut tiga orang pula. Tidak boleh sesuka hati melayan isteri yang kita nikahi. Isteri pula tidak boleh layan suami sesuka hati. Mari kita dapatkan tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyianyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
0 comments:
Catat Ulasan