facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sabtu, 25 Jun 2016

5 Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin | Rahsia Kahwin Muda

loading...

Dapatkan sedikit gambaran tentang proses ujian saringan HIV di sini.

#1: Hubungi tempat ujian
Anda hanya boleh membuat ujian ini di klinik kesihatan dan hospital kerajaan SAHAJA. Hubungi tempat ujian pilihan anda terlebih dahulu untuk memastikan sama ada pusat perubatan tersebut menawarkan servis ujian saringan HIV atau sebaliknya. Ambil kesempatan ini juga untuk mengetahui waktu ujian boleh dibuat. Buat temu janji jika perlu. (Sumber GIF: Giphy)
#2: Bawa kad pengenalan dan RM1
Untuk ujian ini, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan dan wang RM1.(Sumber foto: Flickr BNM Official) 
#3: Isi borang
Borang ini berlainan mengikut lokasi pilihan anda dan pasangan bernikah dan akan disediakan di tempat ujian. Ada banyak yang perlu diisi nanti. Jika mahu lebih selesa, anda boleh bawa pen sendiri. (Sumber foto: Inspirasi Raja Sehari)

#4: Ujian saringan
Bagi yang takut-takut dengan ujian darah, jangan gusar. Nanti hujung jari hanya akan dititik sedikit untuk mengeluarkan sedikit darah. Rasa macam semut gigit sahaja. Ujian ini akan menggunakan rapid kit test. Jadi, keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit. (Sumber foto: Wikipedia)
#5: Keputusan ujian
Bagi yang HIV negatif, anda dan pasangan boleh pulang selepas mendapat keputusan. Namun jika ada yang HIV positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian pengesahan. Anda juga akan diberikan sesi bimbingan kaunseling. (Sumber foto: HDS)

loading...
Tags :

Related : 5 Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin | Rahsia Kahwin Muda

1 comments:

  1. Assalamulaikum admin. Apakah akan berlaki jika kita mendapati bahawa kita positif hiv selepas pemeriksaan tersebut? Adakah peluang utk kita berumah tangga dan hidup dlm jangka masa yg lama akan hancur?

    BalasPadam