facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Selasa, 28 Jun 2016

5 Perkara Kecil Yang Memberi Impak Yang Besar Kepada Majlis Anda | Rahsia Kahwin Muda

loading...

Perkara kecil yang dirasakan minimal, sebenarnya punya impak yang besar untuk majlis anda.

#1: Hashtag
Foto: Hafizudin Hamdan
Inilah cara paling senang untuk kumpulkan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan anda. Hendak minta rakan anda hantar melalui 'Whatsapp' atau emailkan agak leceh. Kadang kala juga rakan anda akan terlupa sampailah anda perlu minta berulang kali. Maka, cari paling senang, seragamkan satu hashtag untuk majlis anda, dan pastikan tetamu anda tahu tentang hashtag anda ini. Cara paling mudah untuk mereka buat rujukan adalah dengan muat naik gambar di akaun anda sendiri dan gunakan hashtag ini supaya mereka boleh buat rujukan. Anda juga boleh letak hashtag anda dalam kad jemputan kahwin. Bukan saja memudahkan untuk anda mengumpul gambar, tetamu anda juga boleh melakukan perkara yang sama, terutama sekali jemputan yang tidak dapat hadir sama.
#2: QR Code
Alamat majlis anda panjang sangat? Kadang kala sukar juga mahu mencari alamat di Google Maps ini. Cara yang boleh memudahkan tetamu jemputan anda adalah dengan menyediakan QR Code untuk alamat berlangsungnya majlis anda.
Cari QR 'Code Generator' -> Taipkan alamat majlis anda di ruang yang disediakan -> Jana QR Code anda
Cetakkan QR Code ini di atas kad jemputan anda. Selepas mengimbas QR Code anda, tetamu anda kini boleh 'copy' dan 'paste' alamat yang anda telah kodkan. Kalau anda mahu tetamu anda lebih senang, anda boleh juga buat link terus yang membawa arah ke Google Maps.
#3: Papan Tanda & Usher
Foto: Hafizudin Hamdan
Kadang kala, ada tetamu yang melilau mencari tandas, surau, dan lain lain. Di hadapan pintu utama, tak salah sekiranya ada papan tanda kecil yang menunjuk arah di mana letaknya tempat-tempat penting ini. Kalau tidak pun, letak seorang dua usher yang bertugas untuk menunjuk arah kepada para tetamu supaya majlis anda tiada orang yang sesat dan melilau.
#4: Salam & Senyum
Foto: Hafizudin Hamdan
Kadang kala, ada pengantin yang terlepas pandang hal ini. Kalau majlis anda kecil, jika boleh, salam semua tetamu jemputan yang ada. Bukan apa, hadirin akan berasa lebih dihargai dan kehadiran mereka dirasai. Namun, jika majlis anda berskala besar, lemparkan senyuman sepanjang masa pun sudah memadai. Kadang kala mesti ada momen yang anda rasa kurang selesa dan panas, namun teruskan senyuman anda. Dalam budaya kita, muka yang manis dan nilai sopan santun yang tinggi punyai tempat yang tinggi dalam ingatan.
#5: Nota 'Terima Kasih'
Foto: PoppyTalk Handmade Artists
Jika majlis anda adalah secara kecil-kecilan atau sederhana, cara ini agak praktikal dengan sentuhan yang bersifat peribadi untuk menyatakan rasa penghargaan anda untuk tetamu yang hadir. Letak di atas meja makan. Sentuhan yang ringkas, namun, punyai nilai yang besar.
. . . . . . . . . .

loading...
Tags :

Related : 5 Perkara Kecil Yang Memberi Impak Yang Besar Kepada Majlis Anda | Rahsia Kahwin Muda

0 comments:

Catat Ulasan