#1: "Dah ada boyfriend/girlfriend?"

Foto: Journey To Better
Okay dah mula dah sesi soal jawab. Brace yourself! Senyum dan jawab dengan tenang. You got this. Anda boleh melakukannya.
#2: "Bila nak kahwin?"

Foto: Bollywood Shaadies
Jawapan untuk soalan ini sama susahnya tidak kiralah jawapan anda untuk soalan satu di atas 'Ada' mahupun 'Tidak ada'. Jika anda sudah ada perancangan, tahniah! Jika tiada, tidak mengapa. Jujur sahaja dan minta mak cik dan pak cik yang bertanya untuk mendoakan anda.
#3: "Nak mak cik carikan?"

Jika anda jawab 'tidak ada' untuk soalan pertama, bersedialah untuk menjawab soalan ini.
Jawab lawak-lawak saja, contohnya: "Kahwin dengan mak cik je lah."
#4: "Dah ada isi?"

Foto: What Culture
Jika anda sudah berkahwin, ini soalan yang selalu berdesing di telinga anda. Sabar ya. Sabar saja. Jika anda dan pasangan sendiri memang merancang, tidak apa lah. Namun jika anda dan pasangan memang sedang berusaha mendapatkan zuriat, agak terkesan juga. Kuatkan semangat. Bagi yang suka bertanya, selagi pasangan tidak memberitahu anda apa-apa, tidak usahlah anda bertanya soalan yang berbaur sensitif ini. Mereka faham yang anda mungkin ingin bertanya khabar, namun, soalan ini agak kurang sesuai.
#5: "Are you sure you are 'doing it' right?"

Foto: Buzzfeed
Ok ini sudah tidak lawak. Sabar bro.
0 comments:
Catat Ulasan