Jangan Takut Untuk Bahagia
Setiap naluri pasti rasa ingin berkasih, mengasihi dan dikasihi. Sampai masa perasaan itu pasti hadir sendiri tanpa perlu dirancang. Namun, bagaimana pula jika ‘rasa’ dan perasaan itu tidak pernah wujud?
Benar, ia tidak perlu dipaksa. Mungkin kerana trauma dengan kisah silam atau pengalaman yang dialami daripada latar belakang keluarga yang berantakan. Setiap pengalaman pahit dan manis, biarlah ia menjadi pengajaran. Percayalah, semua itu akan mematangkanmu. Biarlah perasaan itu hadir dengan sendirinya nanti. Tak akan kekurangan padamu jika kamu tak berpasangan. Yakin, semuanya aturan Tuhan.
Yakin Ada Hikmah
Percaya dan yakin setiap apa yang pernah atau sedang berlaku kepada diri kamu ada hikmah di sebaliknya. Jangan sesekali merasakan kamu sentiasa ditimpa malang kerana DIA beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Bersyukur
Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk meneruskan hidup di dunia serta memperbetulkan kesilapan lalu. Jika masa silammu kelam tanpa kasih sayang, apa kata kamu lahir dan bentukan keturunan kamu dengan lebih sempurna bagi mengelakkan mereka turut merasa apa yang kamu pernah rasa suatu ketika dahulu.

Tidak Semua Sama
Tidak semua lelaki begitu. Masih ada yang layak untuk dijadikan ‘pemimpin’ sejati dan lebih menghargai insan tersayang. Ambil masa untuk tidak memikirkan tentangnya. Tetapi, pastikan usah terlalu lama kerana masa berlalu begitu pantas. Tiba masa dan peluang, bukalah hatimu.

Kamu Diperlukan
Kebiasaannya mereka yang pernah merasai keperitan lebih bijak menghargai sesuatu. Kebolehan kamu mengawal emosi menjadikan kamu insan yang bertolak-ansur, penyayang dan pendengar yang baik. Jadi, berikanlah peluang kepada si dia untuk sama-sama berkongsi dan menikmati ‘kebolehan’ kamu itu.
Mohon Dibukakan Hati
Jika hati kamu masih tepu untuk semua ini, mohonlah kepada Allah SWT agar dilempar jauh segala perasaan tersebut. Menjadi lumrah setiap yang hidup berpasang-pasangan, jadi biarlah kamu turut diberi kesempatan untuk merasainya. Apatah lagi jika disertai rasa benci yang amat, buanglah ia sejauh yang boleh. Kerana ia bisa merosakkan hati dengan dendam.

Cuba Dahulu
Jika dirasakan si dia yang kamu temui punyai ciri-ciri lelaki Muslim sejati, berilah peluang kepada si dia. Tidak salah jika kamu mencuba dahulu. Siapa tahu dari benci bertukar sayang? Saat itulah kamu dapat rasakan betapa bertuahnya kamu!
(17048)

0 comments:
Catat Ulasan