facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Jumaat, 17 Jun 2016

KELEBIHAN BERKAHWIN PADA USIA MUDA

loading...

Kali ini saya ingin kongsikan pula pada pembaca dalam konteks pembelajaran. Perkahwinan yang dilangsungkan ketika usia muda. Selamat membaca!
cover (1)

Kebaikan 1
Tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belaja. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.
Kebaikan 2
Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah. Kes pembuangan bayi ini  berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina.
Kebaikan 3
Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu. Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.
Kebaikan 4
Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.
Kebaikan 5
Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.
Jadi yang masih muda dan tengah bercinta, untuk elakkan maksiat dan perkara yang membawa zina, boleh bawa berbincang dengan keluarga dan yakinkan mereka yang kamu betul2 dah bersedia mendirikan rumah tangga.

loading...
Tags :

Related : KELEBIHAN BERKAHWIN PADA USIA MUDA

0 comments:

Catat Ulasan