facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Khamis, 16 Jun 2016

Nikahi Wanita Kerana Empat Perkara Ini | Rahsia Kahwin Muda

loading...

Nikahi Wanita Kerana Empat Perkara

Nikahi Wanita Kerana Empat Perkara

Ada seorang lelaki pernah bertemu dengan seorang gadis dari keluarga yang baik. Mereka bertemu sebanyak tiga kali, ditemani keluarga masing-masing dan selepas perjumpaan yang ketiga, dia ditekan oleh kedua-dua belah keluarga untuk membuat keputusan.
Gadis tu memang baik, agamanya bagus dan latar belakang keluarganya juga baik. Tapi masalahnya, lelaki ini langsung tak tertarik pada perempuan ini. Jadi patutkah diteruskan dengan perkahwinan?
Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat yang memerlukan tarikan dan keserasian dari segi personaliti. Tapi mungkin dia mahu berkahwin kerana agamanya. Sebagaimana hadis:
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)
Memang agama yang harus diutamakan, tapi jangan lupakan tiga lagi sebab yang lain. Bolehkan bertahan berkahwin dengan seseorang yang langsung kita tak suka atau tak serasi, dan sekadar berkongsi masa solat, cara makan, dan ritual kehidupan yang lain?
Rasionalkah?
Memang kita hidup berlandaskan agama, tapi dunia juga penting kerana dunia adalah jalan menuju ke Syurga Allah. Bila kita tak mengambil kira logik dalam hal-hal agama, akan berlakulah kesakitan ,kemusnahan, kegagalan, terutama dalam perkahwinan. Kita tak boleh melakukan segalanya atas nama agama tanpa menggunakan akal fikiran dan keikhlasan dalam situasi sendiri.
Ada orang yang katanya hidup di jalan Allah. Dia lakukan segala yang dinyatakan dalam Al Quran dan hadis-hadis dari Nabi Muhammad SAW. Bila ditunjukkan ayat atau hadis, dia terus mengangguk dan melakukan tanpa berfikir atau bertanya. Tapi betulkah dia berfikir tentang Allah semasa melakukan sesuatu?
Adakah dia fikir, bahawa satu hari dia akan bertemu dengan Allah SWT dan dia akan ditanya tentang setiap amalannya yang dibuat tanpa usul periksa dan tanpa mengambil kira keperluan yang lebih mendalam atau situasi individu atau hati manusia yang mungkin dilukainya?
Kalau dia berkahwin kerana perempuan itu ada ilmu agama, dan lelaki ini tak mahu menginggung perasaan keluarganya; macam mana pula nanti bila dia menceraikan isterinya bila dia sedar yang dia telah berkahwin dengan perempuan itu tanpa berfikir panjang?
Beberapa pengajaran yang boleh diambil:
• Jangan sekali-kali berkahwin dengan seseorang yang anda rasa tak pasti, hanya kerana tertekan atau ingin membuat orang lain bahagia. Ini boleh membawa kepada kegagalan perkahwinan. Akhirnya, anda dan pasangan yang akan susah, bukan keluarga, adat, ataupun agama.
• Kahwinlah dengan seseorang yang memenuhi kesemua empat sebab seperti yang disebut dalam hati di atas, bukan hanya orang yang ada agama. Perkahwinan inilah yang lebih cenderung untuk berjaya dan kekal hingga ke ahir hayat.
• Walaupun begitu, jangan kahwin dengan orang yang tak ada agama, walaupun dia penuhi ketiga-tiga sebab yang lain, kecuali jika anda juga tak punyai agama. Perkahwinan seperti ini memang tak akan berjaya.
• Gunakan hadis ini sebagai panduan, bukan undang-undang yang mesti diikuti secara membuta tuli. Kita juga berkahwin kerana cinta dan keserasian, selain empat sebab yang disebutkan di dalam hadis ini.
• Kadang-kadang ada orang yang berpura-pura nampak lebih “alim” dari diri mereka yang sebenarnya, supaya lebih disukai dan lebih senang diterima bakal keluarga mertua. Hati-hati dan ulangkali latar belakang seseorang, jangan hanya terima apa yang dari mulut si dia. Kenali dia dan keluarganya dengan lebih mendalam.
• Jangan tergesa-gesa. Kalau anda rasa anda belum cukup kenali seseorang untuk berkahwin dengannya, jangan rasa tertekan hanya kerana takut orang sekeliling mengata. Sedangkan ini hidup anda sendiri, susah senang perlu ditanggung sendiri.

loading...
Tags :

Related : Nikahi Wanita Kerana Empat Perkara Ini | Rahsia Kahwin Muda

0 comments:

Catat Ulasan