facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Khamis, 16 Jun 2016

Tips Bimbing Pasangan Untuk Mereka Yang Baru Kahwin | Rahsia Kahwin Muda

loading...

Tips Bimbing Pasangan

Tips Bimbing Pasangan Untuk Mereka Yang Baru Kahwin

Tugas siapa bimbing siapa sebenarnya adalah tugas bersama. Walaupun ada ayat al Quran yang menunjukkan lelaki adalah pembimbing kepada wanita, tapi tak semestinya suami cukup sempurna setiap masa. Masih ada suami yang cukup mahir uruskan kehidupan dunia, tapi kurang ilmu spiritual dan akhirat.
Lebih baik kalau suami isteri sama-sama saling membantu dan saling mengingatkan dalam menghindari kejahatan dan kemungkaran seperti meninggalkan larangan Allah dalam soal aqidah, meningkatkan ibadah dan sebagainya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Allah merahmati seorng suami yang bangun malam dan bersolat (Qiamullail) dan mengejut isterinya pula (untuk Qiamullail), maka jika isterinya enggan untuk bangun, maka renjislah wajahnya dengan air (agar dia bangun), dan Allah merahmati seorang isteri yang bangun malam dan bersolat malam (Qiamullail), kemudian mengejut suaminya pula (untuk berqiamullail) maka jika suami enggan, renjislah wajahnya dengan air” (Riwayat Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah).
“Apabila bangun seorang suami pada waktu malam dan dia mengejut isterinya dan bersolat kedua mereka dua rakaat, Allah SWT telah menulis pengiktirafan mereka dari kalangan orang yang ingat kepada Allah dari kalangan lelaki dan perempuan” (Riwayat Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah).
Suami dan isteri adalah sahabat baik yang tak dapat dipisahkan; setiap orang akan memberi kesan kepada seorang lagi sama ada baik atau buruk. Jadi bila mengajak pasangan kita, sama ada suami atau isteri ke arah kebaikan, ianya hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Be A Good Role Model
Kalau suami atau isteri kita tak tahu mengaji, ajaklah si dia ke kelas pengajian dan kemudian kita pun turut serta bersama. Jangan hanya hantar si dia, kemudian kita melepak entah ke mana. Nanti si dia pun hilang semangat nak berubah. Kalu nak pasangan anda berubah, tunjukkanlah perubahan itu dalam diri sendiri dahulu.
Kalau sama-sama naik kereta, ubahlah lagu hiburan yang biasanya didengar kepada lagu-lagu nasyid atau alunan ayat al Quran atau siri ceramah yang berkonsep ringan.
Lembutkan Teguran
Nasihat yang disampaikan dengan penuh hikmah dan lembut juga adalah cara yang efektif untuk menyampaikan mesej yang baik kepada pasangan. Pilih kata-kata anda dengan berhati-hari dan jaga alunan suara ketika bercakap dengannya. Berkomunikasilah dengan cara yang halus, lembut, dan penuh hormat.
Pemilihan masa juga perlu bijak; tunggu masa keduanya tidak keletihan dan ada masa untuk berborak panjang. Jangan sampai dia kecik hati dan kemudian makin jauh dari perubahan.
“Sebaik-baik kamu ialah kamu yang berbuat baik kepada kepada ahli keluarga kamu dan aku (Rasulullah SAW) adalah yang terbaik dalam membuat kebaikan kepada keluargaku” (Riwayat Tirmizi).
Sabar dan Solat
Setiap usaha yang dilakukan perlulah diiringi dengan doa yang berterusan agar pasangan kita akan berubah menjadi insan yang sentiasa bersedia menimba ilmu agama. Semasa dia sedang lena, berdoalah apa saja untuk dibuka dan dilembutkan hatinya. Ucapkan kata-kata sayang kemudian tiupkan ke ubun-ubun kepalanya.
Selesai solat atau sambil menunggu makanan sekalipun, tadahlah tanganmu dh berdoa pada Allah agar anda dan si dia sama-sama dapat berjalan menuju ke SyurgaNya. Doa yang paling baik adalah doa yang diucapkan tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Kalau ikhlas sayangkan si dia, doalah untuknya.
Apa pun cara yang kita pilih, yang penting setiap pasangan berlulah bersabar dan tak putus asa dalam menjadikan suami atau isteri anda faham agama. Semoga Allah redha.
(32433)

loading...
Tags :

Related : Tips Bimbing Pasangan Untuk Mereka Yang Baru Kahwin | Rahsia Kahwin Muda

0 comments:

Catat Ulasan