
Tips Wujudkan Keserasian Menantu dan Mertua
Bayangkan kalau kita dan keluarga mertua tak sebulu, mesti pelik suasananya nanti! Pasangan kita pun akan jadi serba salah dan tertekan bila tersepit di antara keluarga dan isteri sendiri.
Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk wujudkan keserasian antara menantu dan mertua, agar kehidupan kekal bahagia!
1. Saling menjaga dan mengambil tahu.
Mertua anda mungkin dah lanjut usia. Dia usia yang lanjut, orang tua akan sering merasa diri mereka tersisih dan ditinggalkan. Sayangi dan berusahalah untuk menggembirakan mereka. Mungkin boleh masakkan makanan kegemaran, belikan hadiah hari jadi, raikan hari ibu, dan ajak mereka bercuti. Sambil itu, sentiasalah ambil berat tentang kebajikan mereka.
2. Hormati pandangan
Saling menghormati adalah kunci keserasian utama. Bila tinggal di rumah mertua, pandai-pandailah ingatkan diri yang anda sepatutnya berterima kasih dapat menumpang di rumah mereka. Minta pandangan mereka sebelum melakukan sesuatu dengan tujuan menghormati mereka sebagai orang tua. Bersedia menerima teguran dengan tenang. Katakan saja, “ya mak, saya tak perasan. Lain kali saya akan ingat”.
3. Komunikasi
Berbincanglah tentang bagaimana cara terbaik mengasuh anak-anak di hadapan mereka walaupun mereka tidak terlibat. Terangkan pada mereka tentang ilmu-ilmu baru seperti “positive parenting” agar mereka faham kaedah asuhan yang anda gunakan. Sekali sekala, boleh juga minta petua mereka membesarkan anak-anak waktu dulu.
4. Memberi, bukan meminta
Antara cara paling berkesan untuk merapatkan hubungan menantu dan mertua adalah dengan memberi. Jangan kedekut, tapi berilah dengan seikhlas hati. Dengan ini, pihak yang memberi dan menerima akan sama-sama gembira. Mertua jangan hanya harapkan apa-apa dari menantu kerana diri lebih tua, dan menantu jangan hanya harapkan apa-apa dari mertua dengan alasan mertua lebih berharta. Sebaiknya masing-masing perlu saling bertolak ansur dan tolong menolong.
Teruatama untuk menantu, jangan hanya datang ke rumah mertua ketika mengharapkan sesuatu. Sebaliknya hormatilah mereka sebagai orang tua yang telah melahirkan dan membesarkan pasangan anda.
5. Menjaga kebajikan
Buat yang tinggal berjauhan dengan keluarga mertua, sekali sekala telefon untuk bertanya khabar. Bila anda makan biskut yang sedap atau nampak tudung yang menarik, apa kata kongsi bersama? Simpan untuk dijadikan buah tangan bila pulang ke kampung halaman atau boleh berikan kejutan melalui pos. Pasti yang menerima akan terseyum bahagia. Untuk yang tinggal berdekatan pula, rajinkan diri singgah bila saja ada masa lapang. Sekali sekala, ajaklah pasangan “tumpang makan” di rumah keluarga mertua. Dalam hati, pasti hati si ibu gembira bila dapat berkumpul bersama!
6. Solat berjemaah
Tak perlu disenaraikan lagi pelbagai manfaat solat berjemaah, pasti anda sudah tahu kan? Bila amalan yang baik ini dilakukan bersama menantu atau keluarga mertua, inshaAllah akan dapat mengeratkan hubungan antara semua. Semua berdiri di saf yang sama, menyerah diri pada Tuhan yang sama dan di akhirnya nanti, pasti akan bersalaman sesama sendiri kan? Dengan izinNya, pasti mendamaikan
0 comments:
Catat Ulasan