facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Rabu, 6 Julai 2016

“Apa Trend Kahwin Muda Sekarang Yang Buat Aku Meluat.? Luahan Perasaan Seorang Hamba Allah Di Media Sosial.

loading...


Apa Trend Kahwin Muda Sekarang Yang Buat Aku Meluat.? Luahan Perasaan Seorang Hamba Allah Di Media Sosial. |Kita selalumelihat pasanganpasangan yang baru melalui alam perkahwinan akan bersweetsweet di media sosial dan lainlain sampai kadangkadang tu terlalu over dan mendatangkan ketidakpuasan hati orang yang melihat.


Assalamualaikum. Okay, aku straight to the point saja. Aku nak tegur pasangan yang ada kriteria di bawah.

Apa trend kahwin muda sekarang yang buat aku meluat?

1. Trend gila post gambar sweet di laman sosial. Tayang pasangan dengan posepose yang bagi mereka, takpe orang lain tengok. Kan dahhalal,.

Gambar yang paling bodoh aku pernah tertengok setakat ini, yang atas katil. Itu retis sendu, korang pun tahu sebab pernah viral.

Kalau video sweet pula, pasangan berpurdah berkopiah main dukungdukung sampai terjatuh terhempap. Aku tengok sampai situ saja, taksanggup nak teruskan. Tak termotivasi pun tengok video seperti itu.

Aku tertanyatanya, siapa yang hati kering tolong rekodkan?

2. Trend gila update tentang marriage life mereka setiap hari, masa dan saat. Semalam masak mee goreng, hari ini husband belikan hadiahmagnet peti sejuk, esok dating di pasar malam, tulat zauji jadi iman, subuh baca surah alikhlas, alhamdulillahhhhh!

3. Trend gila buat video kelakar dengan pasangan. Masalahnya kelakar ke?

Isteri buat suara manja, buat muka comel nak menjiwai watak kononnya. Suami sendiri upload di media sosial bagi satu dunia tengok, share,komen.

Ye, dia isteri kau seorang tetapi semua dah dengar suara merengek dia, semua dah tengok muka comel dia merajuk yang mana kesemua itu adalah hak eksklusif engkau seorang yang bayar mas kahwin dia, tanggung dosa dia. Tak ke rugi?

4. Trend gila bersembang mesra di ruang komen atau WhatsApp group. Eh? Engkau kalau cakap berdua saja dengan dia nak bahasakan diriteddy bear ke, pola bear ke, panda ke, bobo ke, baby ke, fetus ke, embrio ke, memang engkau rasa sweet potong kaki.

Tetapi kalau dalam ruangan komen, boleh muntah hijau orang baca. Dalam group WhatsApp yang ada manusia lain itu, tak payahlah nak berjiwang. Mesej terus pada dia. Takkan itu pun nak kena ajar ke?

5. Trend gila upload conversation. Dah mesej privately dah elok dah. Tak puas hati juga, nak juga orang lain tengok kebahagiaan dia. Screenshotberkepingkeping dan post. Satu dunia baca!

Aku pun kahwin muda, aku pun baru merasa keluar dating dengan suami dan aku mengakulah aku jakun. Aku pun ada laman sosial, suami aku pun nak romatik nak mampos dengan aku, conversation kami pun sweet gila bersemut dalam phone.

Banyak benda bestbest aku buat untuk dia, banyak suprise yang dia buat untuk aku. Berlambak gambar kami berpeluk dalam phone, gambar pergi travel sana sini dengan suami. Bersepah video aku record untuk kenangan kami.

Aku pun macam yang lain, orang kahwin muda yang tengah menikmati seronoknya kahwin. Tetapi please, jangan buat orang sekeliling menyampah dengan keterujaan anda yang melampau itu.

Aku tak cakap jangan post langsung apaapa yang berkaitan dengan marriage life, boleh dan silakan. Tetapi berpadapadalah. Pilihlah gambar yang sesuai, waktu yang sesuai, kekerapan yang sesuai.

Contohnya nak buat penghargaan untuk pasangan sebab ulangtahun perkahwinan. Kalau setakat rindu pada dia yang outstation, tak perlulahgunakan Facebook untuk meluahkan perasaan.

Bagi aku satu saja, trend ini semua terjadi sebab dah tak ada persaaan segan dalam diri pasangan terutamanya suami yang tidak memainkan peranan. Sepatutnya engkau simpan isteri, tetapi engkau pula yang galak mendedahkan isteri.

Sebagai perempuan dan seorang isteri, aku nasihatkan korang jangan selalu post gambar selfie, buat mimik muka comel, menggoda. Nanti kena edit letak adult toy seperti yang berlaku pada Mira Filzah barubaru ini, baru padan muka. Mahalkan diri itu sikit.

Kalau dah tahu dalam friendlist ada lelaki, post gambar itu semenggahlah sikit. Tetapi trend sekarang orang memang tak reti manggakan lamansosial ek? Jadi sepelosok dunia boleh tengok free of charge.

Yang suami pun tak rasa apaapa ke bila lelaki lain komen gambar isterinya? Siap boleh stalk lagi hak engkau. Paling menakutkan boleh savegambar duckface isteri kau untuk tengok setiap malam sebelum tidur? Serammm!

Kena ingat satu benda, aurat bukan dari segi pakaian saja tetapi posing meliuk lentok, selfie cium pipi walaupun suami isteri, aurat juga. Yangbujangbujang ini tengok saja kemesraan pasangan muda yang baru berkahwin. Terseksa jiwa batin, siapa nak tanggung?

Aku rasa aku layak tegur sebab aku pun kahwin muda macam yang lain. Yelah, kalau tak wear your shoes, nanti cakap aku tak faham situasi. So tak boleh bagi pendapat.

Sudahlah tunjuk sangat cerita dalam kain yang best itu. Esok lusa bercerai, pasangan cerai, mulalah dinding Facebook itu penuh dengan postpost sedih.

Delete gambar sawitsawit yang beribu keping itu. Tukar status relationship sekali. Sebab apa? Sebab sudah terbiasa share tentang marriage life.Tolonglah, jangan sampai jadi tahap ini. Nauzubillahimindzalik.

Kalau sudah bercerai sekali pun, tak perlulah buka aib pasangan. Tak perlu terbuka sangat tentang hal peribadi ini wahai golongan kahwin muda.

Yang manis kita nikmati berdua, yang pahit pun kita telan berdua. Lebih indah, selamat dan terhindar dari fitnah. Tak gitu? WeiTakFaham |PIXEL MEDIA
Sumber: gelakhati

loading...
Tags :

17 comments:

  1. Tanda orang iri hati ni �� Rasanyer tak salah. Akaun dia, kalau taknak tengok boleh unfollow atau unfriend ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon hadam dengan baik bab aurat wanita dan ikhtilat ya? supaya tidak sesak kita semua di neraka suatu hari nanti. Sesetengah orang bersusah payah untuk mengangkat martabat wanita. tapi wanita zaman sekarang berlumba-lumba meletakkan nilai diri lebih murah dari wanita jahiliyah.

      Padam
    2. Typical orang melayu skrg. Sikit2 iri hati. You dont have any other concrete reasons to back her up do you?

      Padam
    3. Orang menegur untuk kebaikan. Bukan semua orang ada sikap iri hati. Susah la jika tak boleh ditegur seolah-olah apa yang dibuat itu merupakan satu kewajipan. Selfie dan photoshoot ni tak wajib pun.

      Padam
    4. Mungkin juga dia iri hati tapi dalam artikel ini ada kebenaran nya juga, kita ambil sebagai kebaikan dan pengajaran. Memang betul lagi bagus simpan hal kahwin rumah tangga itu tanpa pengtehuan ramai...tak berkat juga jika kita tunjuk menunjuk , walaupun sudah halal atau tidak ada niat. apa yang di pandang mata orang lain yang bukan muhrim memang tidak boleh.

      Padam
    5. bukan iri hati, mungkin korang yg buat sebijik macam apa yg articcle ni cakapkan. mungkin... tu je. mohon sedar :)

      Padam
    6. ini bukan sebab iri hati.. ini perkara benar yang berlaku zaman sekarang.. dah menjadi barah.. benda yang dianggap remeh.. walaupun bini sendiri tapi anda tayang dekat semua orang.. tahu tak bukan friend fb anda sahaja yang dapat tengok.. tapi boleh tersebar kepada orang2 lain juga.. satu lagi nak cakap.. anda tayang bini bagi semua orang tengok.. anda pasti ke bini anda itu menutup aurat dengan SEMPURNA.. point disini SEMPURNA.. kalau menutup aurat tu ramai la.. yang sempurna memang tak ramai la.. tudung pakai tapi seluarnya ketat, bajunya sendat, mekapnya tebal, tudung pulak tak cukup kain nampak nasi lemak lima puluh sen.. kita pasti ke yang main fb ni jenis ustaz2? tengok aurat sikit tutup mata.. yang jenis ustaz pon boleh layan siap zoom lagi.. inila dinamakan dosa sistem MLM.. hati2 la perempuan sekalian.. nak cantik, nak mesra semua depan suami je la... tak payah la tunjuk dekat jantan lain..

      Padam
  2. Thank you! Akhirnya orang sependapat. Bukan iri hati..kalau kahwin , pastu orang tu duduk beribu batu jauhnya, lepas lah gak ..sah memang unfollow terus lepas gitu..Kenapa kasi tunjuk orang lain kalau benda tu feelings and words that come from deep within our heart. IT IS SO EMBARASSING!!!. Saya bujang and masih early 20s and so far no urge to get married at all watching these display of 'affection' and iri hati lagilah tak de. Zilch. Zero.

    BalasPadam
  3. Bukan nak tuduh sapa2..tapi Fb ni byk dah pengaruh kehidupan orang islam..daripada segi aurat,suara,perangai semua kita dah umumkan di Fb.. Fb ni platform permulaan bagi dajal

    BalasPadam
  4. Hohoho..terbaik la..👍👍👍..mmang btl apa yg anda cakapkan..

    BalasPadam
  5. aku pun kawen muda kat penulis.. husband sweet potong kaki. nak angkat diri sendiri pasangan bahagia ke jannah ke.. jgn konfident sangat adik..

    BalasPadam
  6. mmgla dah halal adik abg... tapi maruah .. pasni ade pulak adegan peluk cium ;. meluat bagai.. sedangkan kau makan sedap2 pun kalau boleh xboleh tunjuk langsung sbb kesian org tak mampu dan buatkan org terliur dan mendtgkan riak.. inikan lagi peluk bini..

    BalasPadam
  7. Tu la pasal aku scroll facebook xbleh dari 3 minit.

    BalasPadam
  8. Haha... Dunia da nak kiamat... Bawak 2 insaf la.. Semua.. termasuk saya... Setiap manusia mesti melakukan kesilapan... Tiada yang sempurna....

    BalasPadam
  9. Haha... Dunia da nak kiamat... Bawak 2 insaf la.. Semua.. termasuk saya... Setiap manusia mesti melakukan kesilapan... Tiada yang sempurna....

    BalasPadam
  10. Hmmm....ingatan yg baik. Bagi saya,post ttng ur married life to no hal tapi berpada-pada la..kot ada mahkluk yg terlebih excited tengok post yg terlebih lentok tu(terutama wanita)...kan bahaya. Zaman serba canggih ni ada jga mudaratnya. Apa lagi klau yg selalu berjauhan dgn pasangan..siap post checked-in,lagi la parah...
    Ni hanya pendapat,terpulang kepada yg empunya badan utk menilai...
    Peace all :)

    BalasPadam