facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sabtu, 12 November 2016

6 Sebab Kenapa Lelaki Suka Beristerikan Perempuan Seperti Warda Erina | Rahsia Kahwin Muda

loading...








Warna Erina, Wanita idaman setiap lelaki. Apa yang dia ada yang tak ada dekat mana-mana wanita lain? Apa ciri-ciri? Mari baca ni

1. Berdikari

Suaminya bekerja sebagai pilot, jadi Warda selalu ditinggalkan berseorangan. Walaupun begini, Warda tak pernah merengek malah sentiasa beri sokongan dan beri semangat pada suaminya untuk melakukan tanggungjawabnya.
Sepanjang ketiadaan suaminya, Warda pandai jaga diri. Kadang-kadang tinggal sendiri, kadang-kadang pulang ke rumah keluarganya. Apa-apa pun, dia pasti “survive”!

2. Sentiasa jaga penampilan diri
Tengoklah babak mana pun, tak ada yang tak cantik! Sama ada di rumah, berjalan-jalan, di tempat kerja, Warda sentiasa nampak kemas dan menarik. Tak perlu bersolek tebal pun, penampilannya tetap kemas dan bersih. Bak kata orang, sejuk mata memandang.

3. Boleh mengaku salah sendiri
Semua orang pernah buat silap. Sama juga dengan Ejaz, dan sama juga dengan Warda. Silap pertama Warda adalah bila dia pilih untuk utama cinta pertamanya, Muslim, dari ibu bapanya sendiri. Tapi bila dia dah balik dan kemudian berkahwin dengan Ejaz, Warda tetap mengaku salahnya, minta maaf dan janji untuk tebus semula kesilapannya.

4. Jaga makan minum suami
Dari awal perkahwinan hingga perpisahan sementara mereka, walau semarah mana pun hatinya pada suaminya, Warda tetap akan pastikan makan minum suaminya terjaga dan terhidang sebelum dia keluar ke tempat kerja. Mana suami tak sayang!


5. Pandai menangi hati keluarga suami
Selepas beberapa bulan berkahwin, baru Warda tahu yang sebenarnya nenek Ejaz tak suka padanya.
Dalam situasi ini, ada isteri yang memilih untuk terus menjauhkan diri. “Biarlah dia tak suka aku, dia bukan suami aku pun…”. Hakikatnya kita perlu berkeluarga. Jadi Warda pun mengambil langkah matang untuk usaha menangi hati keluarga suaminya dengan pelbagai cara. Akhirnya, berjaya juga!

6. Usaha jaga hati suami
Walaupun ramai yang tak setuju dengan tindakan Warda untuk merahsiakan masalah yang dihadapinya dari Ejaz, sebenarnya niat Warda hanyalah untuk menjaga hati suaminya suapa Ejaz tidak perlu risau dengan perkara yang dianggap remeh.


loading...
Tags :

Related : 6 Sebab Kenapa Lelaki Suka Beristerikan Perempuan Seperti Warda Erina | Rahsia Kahwin Muda

0 comments:

Catat Ulasan