facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sabtu, 12 November 2016

Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Menuju Ke Alam Perkahwinan | Rahsia Kahwin Muda

loading...


Peringkat menuju gerbang perkahwinan. Adakah mengikut cara dalam islam ? Kita mungkin terlalu mengambil mudah perkara ini. Semestinya setiap apa pun perkara ada peringkat dan hadnya. Islam sendiri telah memberikan konsep yang jelas tentang tatacara perkawinan berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah yang Shahih, secara singkat saya ingin sebutkan dan jelaskan :
Peminangan :
Sebelum ingin meneruskan hasrat untuk bernikah atau mengahwini seseorang. Mestilah melalui proses meminang terlebih dahulu, ini kerana mahu mengelakkan kita meminang seseorang yang telah dipinang oleh orang lain. Dalam Islam sendiri melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain. Disunatkan melihat wajah yang akan dipinang.
Aqad Nikah :
  1. Syarat wajib dalam aqad nikah adalah.
  2. Suka sama suka dari kedua-dua belah pihak.
  3. Adanya ijab dan Qabul
  4. Adanya Mahar
  5. Adanya Wali
  6. Adanya Saksi
Walimah :
Undangan walimatul ‘urusy mestilah diusahakan dalam keadaan yang sesederhana mungkin. Ketika mengadakan walimatul ‘urusy, tetamu yang diundang hendaknya baik dari yang kaya maupun yang miskin. Orang miskin maupun kaya memiliki hak yang sama.
Kesalahan dalam Walimatul ’Urusy
Bercampur antara laki-laki dan perempuan yang tidak bukan mahram dengan tidak menjaga batasnya kerana dikhuatiri dapat menimbulkan fitnah.
Menggunakan pakaian yang menampakkan bentuk badan yang dapat menimbulkan nafsu syahwat bagi yang melihatnya.
Berlebih-lebihan dan membazir seperti berhabis duit melakukan persandingan ditempat yang terlampau mewah sehingga membebankan untuk masa akan datang. Dan membezir kearah perkara yang tidak sepatutnya.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah”
(Surah Al-Ahzaab, 33 : 21)
Bersama-samalah kita mencari redha Allah sebagaimana yang ditunjukkan melalui kita-Nya dan Rasul-Nya. Agar Rumahtangga kita mendapat keredhaan-Nya dan hindarilah dari kemurkaan-Nya.
Wallahu a’lam.

Sumber : bercinta selepas nikah

loading...
Tags :

Related : Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Menuju Ke Alam Perkahwinan | Rahsia Kahwin Muda

0 comments:

Catat Ulasan